Monday, December 1, 2008

Sekitar Konsert Koir Kebangsaan 08 di Shah Alam






Konsert yang dijadualkan bermula pada 29 November di UKM Bangi bertukar ke Auditorium Muzium Alam Shah di Shah Alam pada 30 November.
Perbezaan sumber tarikh dan masa antara Facebook rasmi Koir Kebangsaan dan heritage.gov.my, portal kerajaan juga memeningkan kepala.. akhirnya Zul menelefon pihak muzium sendiri (mengesahkan konsert koir kebangsaan akan diadakan pada tarikh tersebut diatas)
seramai 8 orang terdiri dari ahli kerabat Astena menghadiri konsert tersebut yang diadakan di auditorium yang boleh dikatakan 'very intimate' untuk memperdengarkan suara-suara vokal koir secara lebih dekat dan jelas lagi berbanding dewan besar.
Konsert yang telahpun bermula di negeri-negeri lain akhirnya tiba jua ke Selangor sebagai destinasi berikutnya.
Boleh dikatakan persembahan koir yang diberikan memang hebat, memukau dan tidak membosankan dari awal sehingga akhir.
Persembahan lagu dikategorikan mengikut slot lagu-lagu rakyat serata negeri di Malaysia seperti Wau-wau Pepeh, Puteri Santubong, Endang; klasikal muzik dari Eropah seperti Dansa De La Fee -Dragee (dari The Nutcracker); dan lagu moden pop kontemporari seperti Inspirational Medley (Alhamdulilah, Terlalu Istimewa & Gemilang), I Say A Little Prayer, dan banyak lagi dimana kesemuanya digubah bersesuaian untuk versi koir. memang mengkagumkan!
persembahan tidak hanya diberi dengan kemantapan vokal sahaja tetapi kesemua ahli koir kebangsaan juga menyanyikan dengan lenggok menari dan juga seperti sketsa muzikal yang memang menarik sekali.
Pengarah pada konsert malam itu ialah YM Tunku Marina Tunku Dato' Zubir bersama Pengarah vokal Syafinaz Selamat *tidak hadir* dan tetamu khas bekas Ketua Pengarah Istana Budaya.
Konsert Jelajah Koir Kebangsaan edisi 08 ini dibawah program Muzik Untuk Semua! oleh JKKN.
Malam itu juga, Shazlan coach vokal koir kami turut datang melihat rakan-rakan beliau di pentas.
Astena-mates ke konsert: Bob Hadi, Amir, Presiden Faris, Hazman, Zul, Mas Ilmi, Donat, Mumtazila

Thursday, November 20, 2008

JADUAL KONSERT BERGERAK KOIR KEBANGSAAN 2008




KELANTAN

Tarikh: 31 Oktober 2008 (Jumaat)

Lokasi Persembahan: Pusat Sumber Teknologi, Pendidikan, Pengkalan, Chepa, Kelantan

Masa: 8.45 malam

Persembahan: Koir Kebangsaan


PERLIS

Tarikh: 2 November 2008 (Ahad)

Lokasi Persembahan: Tmn. Budaya Negeri Perlis

Masa: 8.45 malam

Persembahan: Koir Kebangsaan


MELAKA

Tarikh: 8 November 2008 (Sabtu)

Lokasi Persembahan: Taman Budaya Negeri Melaka

Masa: 8.45 malam

Persembahan: Koir Remaja Kebangsaan


*SELANGOR

Tarikh: 29 November 2008 (Sabtu)

Lokasi Persembahan: Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Masa: 8.45 malam

Persembahan: Koir Kebangsaan


NEGERI SEMBILAN

Tarikh: 22 November 2008 (Sabtu)

Lokasi Persembahan: Taman Budaya Negeri Sembilan

Masa: 8.45 malam

Persembahan: Koir Remaja Kebangsaan
*Kepada ahli koir yang berminat untuk menonton pada 29 Nov beramai-ramai, beritahu kepada Zul, Sarah atau Mas Ilmi.

Monday, November 17, 2008

Selamat bercuti

to all koir members, happy holidays! InsyaAllah latihan koir akan bermula sejurus bermula semester baru..

Thursday, October 30, 2008

Second outing for buka puasa..

Sekali lagi pada bulan Ramadan lalu, Zul telah mengajak ahli-ahli berbuka puasa bersama sekali lagi.. tetapi dgn gaya outdoor dan santai.. anyway, harap maaf kepada yang dapat salah info on the date.. lupe nak announce balik.. hehe..

on the second time, koir berbuka di Putrajaya dimana kami membeli makanan di bazar Ramadan dan berbuka di tepi tasik putrajaya yang berlatarbelakangkan keindahan langit senja dan Jambatan Seri Wawasan..

no update for too long..

aha.. dah lama tak update blog koir ni.. heheh.. busy lately. anyway, aktivit2 lepas yang pernah dibuat akan dipostkan.. Selamat berjaya dalam peperiksaan akhir sem ni to all choir members.. study smart and all the best!

Saturday, September 27, 2008

Salam takziah..

Kepada rakan koir sekalian yang sedia maklum dan juga mungkin tidak tahu lagi, bonda kepada Shazlifa meninggal dunia baru-baru ini.

Marilah kita sedekahkan doa kepada ibu Shazlifa dan juga kepada mereka yang kehilangan orang tersayang pada bulan Ramadan yang mulia ini.

al-fatihah..

Sunday, September 21, 2008

Majlis buka puasa koir. 2008



Koir Astena telah mengadakan majlis buka puasa ramai-ramai di Restoran Sala Thai berhampiran Lebuhraya SILK Kajang pada 10 September 2008.

Seramai 21 orang hadir pada majlis ini termasuk rakan-rakan koir lama dan juga yang baru.

Terima kasih kepada semua yang menyertai majlis pada malam itu.

Wednesday, September 3, 2008

Rewind: Genap setahun persembahan pertama Koir..






Jika ahli-ahli lama koir masih ingat, kita sudahpun setahun didalam penubuhan koir sejak persembahan pertama kita di Majlis Konvokesyen ke -10 2007 dibawah pengasas pertamanya, Mas Ilmi, Ketua Koir pertama dan Mastura, pianis prinsiapl pertama koir .. pelbagai memori terpahat dalam minda..

Happy first anniversary Koir Uniten..

Monday, September 1, 2008

Program Ambang Merdeka peringkat Uniten @ Library




Koir Astena telah dijemput untuk mengadakan persembahan sempena Majlis Ambang Merdeka peringkat UNITEN di Dataran Perpustakaan Uniten di kampus timur ILSAS pada 29 Ogos.

Koir telah menyanyikan 4 buah lagu; Negaraku, Uniten Terbilang, Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang.

Walaupun dalam sesingkat masa untuk latihan dan notis aktiviti yang diberi, kami memberikan persembahan yang terbaik untuk majlis peringkat Uniten ini yang dihadiri oleh staf-staf Uniten dan Naib Canselor sendiri.

Pelbagai program seperti senam robik, deklamasi sajak dan puisi dan gerai-gerai di lobi Perpustakaan diadakan.

Wednesday, August 27, 2008

Majlis Konvokesyen UNITEN ke 11 2008


Koir Astena mengadakan persembahan pada majlis konvokesyen ke 11 Uniten selama 2 hari yang bermula pada 23 dan 24 Ogos 2008 di Dewan Seri Sarjana (MPH).

Ini adalah tahun kedua bagi koir semenjak ditubuhkan pada tahun lepas mengadakan persembahan pada majlis penting Uniten ini.

Begitu banyak perubahan ketara dari segi penampilan, jumlah dan vokal pada kumpulan koir tahun ini berbanding tahun lepas.

Koir menyanyikan lagu rasmi Uniten pada sesi awal istiadat dan diikuti persembahan utama; lagu Dirgahayu dan Stand By Me pada sesi rehat dan Negaraku pada akhir istiadat konvo..

Pada hari kedua konvo, Shaz, coach vokal koir hadir untuk memberikan semangat kepada kami semua.

Tahniah kepada ahli koir yang terlibat dalam memberikan persembahan yang baik pada konvokesyen tahun ini..
Diharap kita dapat mengekalkan persahabatan yang utuh dalam memartabatkan koir dan berusaha menjadi yang terbaik..

Persiapan terakhir sebelum Majlis Konvo..




Pada hari-hari terakhir sebelum menjelang konvo, tekanan dapat dirasakan terutama pada majlis penting universiti dan juga masalah vest, tetapi alhamdulillah telah dapat diatasi dengan baik.

Sekitar hari-hari latihan terakhir minggu sebelum konvokesyen...

Sunday, August 10, 2008

08 08 08


























Lucky day.. lagu Dirgahayu done, Stand By Me is next..

latihan koir disambung pada malam ini tanpa mempedulikan keinginan untuk menonton majlis pembukaan Sukan Olimpik Beijing 08 demi semangat koir..

buat julung kali, latihan diadakan pada hari jumaat dimana lazim kebanyakan ahli dan juga pelajar pulang ke rumah ibubapa..

venue latihan kali ini ditukar ke Imrish Cafe berhampiran ATM Library pukul 9 malam kerana Dewan Seri Sarjana tidak dapat digunakan kerana Majlis Makan Malam Uniten Rowing.

Latihan malam ini tidak dirancang awal (malam latihan semalam baru buat keputusan) tetapi berjalan dengan baik. Cuma beberapa ahli tidak dapat hadir pada malam itu atas sebab-sebab lain.

Shaz pada malam ini membawa keyboard beliau sendiri. Seperti biasa warm-up dimulakan terlebih dahulu. Sebelum lagu Stand By Me kami mulakan latihan, kami menyanyikan semula lagu Dirgahayu untuk mengingat dan memantapkan kembali teknik suara.

Latihan Khamis 07 ogos 08


altho team


during practice

pentas untuk malam esok..

Setelah dua kali 2 kali latihan tiada jurulatih, sesi latihan koir disambung semula pada malam ini dimana lagu Dirgahayu kami akan habiskan pada malam ini setelah hampir setiap awal minggu bermula awal semester (dah muak) hehe..

Setelah selesai pemilihan ahli-ahli yang akan terlibat dalam majlis konvo 08 nanti, kami meneruskan latihan untuk persediaan..

Pada malam latihan itu juga buat pertama kali kami berlatih didalam keadaan yang sejuk setelah hampir setiap malam sesi latihan di Dewan Seri Sarjana kami berlatih dalam keadaan yang agak panas (air-cond ditutup pada waktu malam).. di mana pendingin hawa dihidupkan untuk majlis makan malam Uniten Rowing Invitational malam esok..


soprano team..

Tuesday, August 5, 2008

Tailor coming

Mulai 29 Julai lalu, latihan koir akan diadakan 2x seminggu utk bersedia menghadapi konvo. Diharap ahli dapat berikan komitmen terhadap latihan setiap minggu sehinggalah hari konvokesyen nanti.

Pada malam 30 Julai, coach Shazlan tidak dapat hadir kerana demam. Walaubagaimanapun latihan tetap diadakan dengan berlatih nyanyian yang telah diajar sebelum ini dan tukang jahit yang telah diupah untuk membuat vest koir telah datang utk mengambil ukuran badan ahli yang akan menyertai koir ke konvo nanti.

Lirik Dirgahayu Tanah Airku

Kau...
Persada indah permai
Pepohon menghijau menghias pantai
Putera Puteri mu tersenyum riang ria
Tegas Bebas sejahtera makmur maju jaya
Dibawah naungan payung mahkota
Ohh...
Pertiwi ku perkasa
Disanjung di puja setiap masa
Berwaspada sentiasa bersemangat waja
Satu bangsa satu bahasa satu budaya
Malaysia nusaku tercinta
Tumpuan.. pelancong
Dan juga para peniaga
Batik songket tenunan menawan
Terkenal merata dunia
Kepada mu oh pertiwi
Kasih ku abadi
Sejati murni
Rela ku Berbakti mesti terkorban diri
Padamu ku curah sumpah setia dan janji
Dirgahayu oh Tanahairku ( 2X )

Thursday, July 31, 2008

Stand by me lyric..

(by Ben E. King)
When the night has come
And the land is dark,
And the moon is the only light we'll see.
No I won't be afraid,
Oh I won't be afraid,
Just as long as you stand,
stand by me
So darlin' darlin' stand by me,
Oh stand by me,
Oh stand, stand by me, stand by me.
If the sky that we look upon
Should tumble and fall,
Or the mountain should crumble to the sea.
I won't cry,
I won't cry,
No I won't shed a tear,
Just as long as you stand, stand by me.
And darlin' darlin' stand by me,
Oh stand by me,
Whoa stand now, stand by me, stand by me.
Darlin' darlin' stand by me,
Oh stand by me,
Oh stand now, stand by me, stand by me.
Whenever you're in trouble just stand by me,
Oh stand by me,
Whoa stand now, oh stand, stand by me.

Stand by Me - for Convocation 2008

Kepada ahli koir,
inilah lagu kedua yang akan kita berlatih nanti.. diharap dapat hayati dan hafal lirik.. so senang sikit Shazlan nak ajar.. kepada yang tak pernah dengar, dengar2kan..

Friday, July 18, 2008

Konsert Koir Kebangsaan di Istana Budaya - KL Festival






Pada 6 Julai di Istana Budaya, kumpulan Koir dan Astena telah menonton Konsert Koir Kebangsaan dan Orkestra Kebangsaan sempena KL Music Festival anjuran JKKN.

Dihadiri oleh:

Bob Hadi
Nur Hazman
Mohd Zulfahmie
Mas Ilmi
Mastura
Shimi
Sarah
A'a
Darwin Singh
Mumtazila
Benjamin
Didi Nadiya
Shazrah

Sesi latihan pertama koir..

pada 17 Julai 08, Koir Astena telah memulakan latihan rasmi di Dewan Seri Sarjana (MPH) pada pukul 9 malam dibawah bimbingan Jurulatih Koir, Shazlan.
Koir memulakan sesi latihan dengan teknik warm-up vokal suara dan diikuti teknik nyanyian suara yang betul.
Sesi pada malam ini dihadiri oleh ahli-ahli seramai 17 orang. Penghargaan diberikan kepada mereka yang hadir pada sesi pertama latihan semester ini kerana semangat yang diberikan :

-Mohd Zulfahmie
-Sarah Fadillah
-Mas Ilmi
-Darwin Singh
-Fakharulnizam
-Muhammad Firdaus
-Nurul Farhani
-Mashadina
-Masitah
-Chow Jae Sern
-Mumtazila
-Siti Umairah
-Nurelahajaraha
-Zuraidah
-Nurul Ashikin
-Nur Ummi Hany
-NurHazwani.

Tuesday, June 24, 2008

KL Music Festival - Konsert Orkestra Seni Kebangsaan dan Koir Kebangsaan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua ahli Koir Uniten..

Sebuah Konsert Orkestra Seni Kebangsaan dan Koir Kebangsaan akan diadakan di Panggung Sari, Istana Budaya sempena Festival Muzik KL bermula pada tarikh 6 Julai 2008 pukul 8.30 malam.

Konsert ini diadakan satu malam sahaja dan ketua koir merancang untuk mengadakan konvoi ke sana dan membeli tiket jenis harga RM15. Kepada ahli-ahli koir yang berminat nak sertai konvoi koir ke sana, sila hubungi ke hp Zul, Didi, atau Mas Ilmi. atau juga boleh letakkan nama, id dan no handphone di ruang komen bawah..
For more secure, hantar nama, id dan no hp anda ke email: fahmiez[at]gmail.com (ganti 'at' dgn @ - utk mengelakkan spamming) atau di Group Friendster Koir selewat2nya Isnin hadapan, 23 Jun. Terima kasih..

lebih lanjut; klik disini

Wednesday, May 28, 2008

Tukang Kayu

Hai pembaca blogger choir uniten...
Joker ingat joker nak berkongsi sikit la aper yang joker dah belajar kat ump dulu..
nie merupakan salah satu teknik warming up kat sana..
selain dapat info pasal choir uniten boleh gak belajar serba sedikit teknik latihan vokal nie kan... jadi aper lagi.. selamat beramal.. hehe..

katakan padaku hai tukang kayu...
bagaimana caranya memotong kayu..
lihat.. lihat anakku...
beginilah caranya memotong kayu..

p/s: pastikan buka mulut tue luas2 n ngan cara yang betul.. kalau boleh cuba masukkan dua jari ke mulut untuk bukaan sebenar..

Sunday, May 25, 2008

In memory.. choir reborn



Pada pertengahan tahun 2007, kumpulan koir telah dilahirkan atas ilham mantan koir, Mas Ilmi yang sebelum ini adalah ahli koir di tempat pengajian beliau dahulu.. tertubuhnya kelab koir adalah untuk bersedia membuat persembahan di Konvokesyen Uniten ke-10 tahun 2007, yang juga adalah ulangtahun ke-10 penubuhan Uniten. Justeru itu, pengumpulan ahli-ahli telah diadakan dan perjumpaan dilakukan di Dewan MPH untuk latihan dan suai kenal.

Selepas itu, koir tidak menoleh ke belakang lagi kerana utuhnya ikatan antara ahli memungkinkan koir diteruskan dan seterusnya diserap ke dalam kelab ASTENA secara rasmi. Bagi kelab ASTENA, koir kali ini merupakan generasi ke-2 selepas generasi koir pertama keluar dari cabang ASTENA sebagai entiti tunggal dan akhirnya malap begitu sahaja. Diharap koir generasi ke-2 kali ini terus kekal utuh dan harmoni sebagai paduan suara Uniten..

Wednesday, May 21, 2008

First ever Astena Uniten Choir

To all choir member, welcome to the blog as it is our official choir club blog and will be the diary of choir activites in more fun way!

for now i will added few posts related to our previous activities from the beginning of our establishment.. you can suggest or help by drop by comments and also any images from our activities.. Thanks..