Wednesday, August 27, 2008

Majlis Konvokesyen UNITEN ke 11 2008


Koir Astena mengadakan persembahan pada majlis konvokesyen ke 11 Uniten selama 2 hari yang bermula pada 23 dan 24 Ogos 2008 di Dewan Seri Sarjana (MPH).

Ini adalah tahun kedua bagi koir semenjak ditubuhkan pada tahun lepas mengadakan persembahan pada majlis penting Uniten ini.

Begitu banyak perubahan ketara dari segi penampilan, jumlah dan vokal pada kumpulan koir tahun ini berbanding tahun lepas.

Koir menyanyikan lagu rasmi Uniten pada sesi awal istiadat dan diikuti persembahan utama; lagu Dirgahayu dan Stand By Me pada sesi rehat dan Negaraku pada akhir istiadat konvo..

Pada hari kedua konvo, Shaz, coach vokal koir hadir untuk memberikan semangat kepada kami semua.

Tahniah kepada ahli koir yang terlibat dalam memberikan persembahan yang baik pada konvokesyen tahun ini..
Diharap kita dapat mengekalkan persahabatan yang utuh dalam memartabatkan koir dan berusaha menjadi yang terbaik..

Persiapan terakhir sebelum Majlis Konvo..




Pada hari-hari terakhir sebelum menjelang konvo, tekanan dapat dirasakan terutama pada majlis penting universiti dan juga masalah vest, tetapi alhamdulillah telah dapat diatasi dengan baik.

Sekitar hari-hari latihan terakhir minggu sebelum konvokesyen...

Sunday, August 10, 2008

08 08 08


























Lucky day.. lagu Dirgahayu done, Stand By Me is next..

latihan koir disambung pada malam ini tanpa mempedulikan keinginan untuk menonton majlis pembukaan Sukan Olimpik Beijing 08 demi semangat koir..

buat julung kali, latihan diadakan pada hari jumaat dimana lazim kebanyakan ahli dan juga pelajar pulang ke rumah ibubapa..

venue latihan kali ini ditukar ke Imrish Cafe berhampiran ATM Library pukul 9 malam kerana Dewan Seri Sarjana tidak dapat digunakan kerana Majlis Makan Malam Uniten Rowing.

Latihan malam ini tidak dirancang awal (malam latihan semalam baru buat keputusan) tetapi berjalan dengan baik. Cuma beberapa ahli tidak dapat hadir pada malam itu atas sebab-sebab lain.

Shaz pada malam ini membawa keyboard beliau sendiri. Seperti biasa warm-up dimulakan terlebih dahulu. Sebelum lagu Stand By Me kami mulakan latihan, kami menyanyikan semula lagu Dirgahayu untuk mengingat dan memantapkan kembali teknik suara.

Latihan Khamis 07 ogos 08


altho team


during practice

pentas untuk malam esok..

Setelah dua kali 2 kali latihan tiada jurulatih, sesi latihan koir disambung semula pada malam ini dimana lagu Dirgahayu kami akan habiskan pada malam ini setelah hampir setiap awal minggu bermula awal semester (dah muak) hehe..

Setelah selesai pemilihan ahli-ahli yang akan terlibat dalam majlis konvo 08 nanti, kami meneruskan latihan untuk persediaan..

Pada malam latihan itu juga buat pertama kali kami berlatih didalam keadaan yang sejuk setelah hampir setiap malam sesi latihan di Dewan Seri Sarjana kami berlatih dalam keadaan yang agak panas (air-cond ditutup pada waktu malam).. di mana pendingin hawa dihidupkan untuk majlis makan malam Uniten Rowing Invitational malam esok..


soprano team..

Tuesday, August 5, 2008

Tailor coming

Mulai 29 Julai lalu, latihan koir akan diadakan 2x seminggu utk bersedia menghadapi konvo. Diharap ahli dapat berikan komitmen terhadap latihan setiap minggu sehinggalah hari konvokesyen nanti.

Pada malam 30 Julai, coach Shazlan tidak dapat hadir kerana demam. Walaubagaimanapun latihan tetap diadakan dengan berlatih nyanyian yang telah diajar sebelum ini dan tukang jahit yang telah diupah untuk membuat vest koir telah datang utk mengambil ukuran badan ahli yang akan menyertai koir ke konvo nanti.

Lirik Dirgahayu Tanah Airku

Kau...
Persada indah permai
Pepohon menghijau menghias pantai
Putera Puteri mu tersenyum riang ria
Tegas Bebas sejahtera makmur maju jaya
Dibawah naungan payung mahkota
Ohh...
Pertiwi ku perkasa
Disanjung di puja setiap masa
Berwaspada sentiasa bersemangat waja
Satu bangsa satu bahasa satu budaya
Malaysia nusaku tercinta
Tumpuan.. pelancong
Dan juga para peniaga
Batik songket tenunan menawan
Terkenal merata dunia
Kepada mu oh pertiwi
Kasih ku abadi
Sejati murni
Rela ku Berbakti mesti terkorban diri
Padamu ku curah sumpah setia dan janji
Dirgahayu oh Tanahairku ( 2X )