Wednesday, August 27, 2008

Majlis Konvokesyen UNITEN ke 11 2008


Koir Astena mengadakan persembahan pada majlis konvokesyen ke 11 Uniten selama 2 hari yang bermula pada 23 dan 24 Ogos 2008 di Dewan Seri Sarjana (MPH).

Ini adalah tahun kedua bagi koir semenjak ditubuhkan pada tahun lepas mengadakan persembahan pada majlis penting Uniten ini.

Begitu banyak perubahan ketara dari segi penampilan, jumlah dan vokal pada kumpulan koir tahun ini berbanding tahun lepas.

Koir menyanyikan lagu rasmi Uniten pada sesi awal istiadat dan diikuti persembahan utama; lagu Dirgahayu dan Stand By Me pada sesi rehat dan Negaraku pada akhir istiadat konvo..

Pada hari kedua konvo, Shaz, coach vokal koir hadir untuk memberikan semangat kepada kami semua.

Tahniah kepada ahli koir yang terlibat dalam memberikan persembahan yang baik pada konvokesyen tahun ini..
Diharap kita dapat mengekalkan persahabatan yang utuh dalam memartabatkan koir dan berusaha menjadi yang terbaik..

0 comments: