Sunday, August 10, 2008

08 08 08


























Lucky day.. lagu Dirgahayu done, Stand By Me is next..

latihan koir disambung pada malam ini tanpa mempedulikan keinginan untuk menonton majlis pembukaan Sukan Olimpik Beijing 08 demi semangat koir..

buat julung kali, latihan diadakan pada hari jumaat dimana lazim kebanyakan ahli dan juga pelajar pulang ke rumah ibubapa..

venue latihan kali ini ditukar ke Imrish Cafe berhampiran ATM Library pukul 9 malam kerana Dewan Seri Sarjana tidak dapat digunakan kerana Majlis Makan Malam Uniten Rowing.

Latihan malam ini tidak dirancang awal (malam latihan semalam baru buat keputusan) tetapi berjalan dengan baik. Cuma beberapa ahli tidak dapat hadir pada malam itu atas sebab-sebab lain.

Shaz pada malam ini membawa keyboard beliau sendiri. Seperti biasa warm-up dimulakan terlebih dahulu. Sebelum lagu Stand By Me kami mulakan latihan, kami menyanyikan semula lagu Dirgahayu untuk mengingat dan memantapkan kembali teknik suara.

0 comments: