Friday, January 16, 2009

Mari menyanyi~

Prektis pertama koir sesi Sem 2 08/09

semalam sudah bermulanya latihan koir bersama jurulatih kami, Shazlan di piano dan pentas yang kami rindui..
kami bermula agak lewat sebab Shazlan sesat dari arah Seremban.. jadi kami terpaksa tolak fee dia sebyk 50% kerna kelewatan beliau.. haha.. ;p

kami memulakan sesi latihan pada jam pukul 10 dan berakhir pada pkul 11.30pm.

Kami memulakan sebuah lagi lagu patriotik baru dan juga membincangkan beberapa lagu baru yang berpotensi untuk dijadikan lagu koir kami.

Disini koir Astena ingin mengucapkan selamat datang kepada ahli baru, Zir yang dijangka menggantikan suara bass senior koir, Fakharul yang kini di sem akhir..

kepada yang masih berminat untuk menyertai, jangan malu-malu.. datang ke MPH di pentas utama pada hari Rabu dan Khamis jam 9.00pm..