Monday, December 1, 2008

Sekitar Konsert Koir Kebangsaan 08 di Shah Alam






Konsert yang dijadualkan bermula pada 29 November di UKM Bangi bertukar ke Auditorium Muzium Alam Shah di Shah Alam pada 30 November.
Perbezaan sumber tarikh dan masa antara Facebook rasmi Koir Kebangsaan dan heritage.gov.my, portal kerajaan juga memeningkan kepala.. akhirnya Zul menelefon pihak muzium sendiri (mengesahkan konsert koir kebangsaan akan diadakan pada tarikh tersebut diatas)
seramai 8 orang terdiri dari ahli kerabat Astena menghadiri konsert tersebut yang diadakan di auditorium yang boleh dikatakan 'very intimate' untuk memperdengarkan suara-suara vokal koir secara lebih dekat dan jelas lagi berbanding dewan besar.
Konsert yang telahpun bermula di negeri-negeri lain akhirnya tiba jua ke Selangor sebagai destinasi berikutnya.
Boleh dikatakan persembahan koir yang diberikan memang hebat, memukau dan tidak membosankan dari awal sehingga akhir.
Persembahan lagu dikategorikan mengikut slot lagu-lagu rakyat serata negeri di Malaysia seperti Wau-wau Pepeh, Puteri Santubong, Endang; klasikal muzik dari Eropah seperti Dansa De La Fee -Dragee (dari The Nutcracker); dan lagu moden pop kontemporari seperti Inspirational Medley (Alhamdulilah, Terlalu Istimewa & Gemilang), I Say A Little Prayer, dan banyak lagi dimana kesemuanya digubah bersesuaian untuk versi koir. memang mengkagumkan!
persembahan tidak hanya diberi dengan kemantapan vokal sahaja tetapi kesemua ahli koir kebangsaan juga menyanyikan dengan lenggok menari dan juga seperti sketsa muzikal yang memang menarik sekali.
Pengarah pada konsert malam itu ialah YM Tunku Marina Tunku Dato' Zubir bersama Pengarah vokal Syafinaz Selamat *tidak hadir* dan tetamu khas bekas Ketua Pengarah Istana Budaya.
Konsert Jelajah Koir Kebangsaan edisi 08 ini dibawah program Muzik Untuk Semua! oleh JKKN.
Malam itu juga, Shazlan coach vokal koir kami turut datang melihat rakan-rakan beliau di pentas.
Astena-mates ke konsert: Bob Hadi, Amir, Presiden Faris, Hazman, Zul, Mas Ilmi, Donat, Mumtazila

0 comments: