Monday, September 1, 2008

Program Ambang Merdeka peringkat Uniten @ Library




Koir Astena telah dijemput untuk mengadakan persembahan sempena Majlis Ambang Merdeka peringkat UNITEN di Dataran Perpustakaan Uniten di kampus timur ILSAS pada 29 Ogos.

Koir telah menyanyikan 4 buah lagu; Negaraku, Uniten Terbilang, Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang.

Walaupun dalam sesingkat masa untuk latihan dan notis aktiviti yang diberi, kami memberikan persembahan yang terbaik untuk majlis peringkat Uniten ini yang dihadiri oleh staf-staf Uniten dan Naib Canselor sendiri.

Pelbagai program seperti senam robik, deklamasi sajak dan puisi dan gerai-gerai di lobi Perpustakaan diadakan.

0 comments: