Sunday, May 25, 2008

In memory.. choir reborn



Pada pertengahan tahun 2007, kumpulan koir telah dilahirkan atas ilham mantan koir, Mas Ilmi yang sebelum ini adalah ahli koir di tempat pengajian beliau dahulu.. tertubuhnya kelab koir adalah untuk bersedia membuat persembahan di Konvokesyen Uniten ke-10 tahun 2007, yang juga adalah ulangtahun ke-10 penubuhan Uniten. Justeru itu, pengumpulan ahli-ahli telah diadakan dan perjumpaan dilakukan di Dewan MPH untuk latihan dan suai kenal.

Selepas itu, koir tidak menoleh ke belakang lagi kerana utuhnya ikatan antara ahli memungkinkan koir diteruskan dan seterusnya diserap ke dalam kelab ASTENA secara rasmi. Bagi kelab ASTENA, koir kali ini merupakan generasi ke-2 selepas generasi koir pertama keluar dari cabang ASTENA sebagai entiti tunggal dan akhirnya malap begitu sahaja. Diharap koir generasi ke-2 kali ini terus kekal utuh dan harmoni sebagai paduan suara Uniten..

2 comments:

MusteelMe Masdar said...

bob kata bukan dilahirkan...
tapi dihidupkan semula...
hmm..
aku macam tak berapa setuju kalau nak dikatakan dihidupkan semula..
sebab semua dalam tue ahli baru...
n tak der kaitan ngan ahli lama..
betul tak??

Krazer said...

yerp.. betul2.. kite dilahirkan semula, not dihidupkan semula.. very fresh..