Tuesday, November 3, 2009

Walimatul urus - Jemputan majlis kahwin Asrina.




Disini Kak As menjemput ahli-ahli koir terutama member senior untuk hadir ke majlis perkahwinan beliau bersama Amir Azizi pada Ahad, 8 November 09 ni di Ampang Jaya.
Mari kita serbu nasi minyak! hehe..


Semoga perkahwinan Asrina atau lebih dikenali Kak As dan Amir kekal, bahagia dan dirahmati sehingga akhir hayat. Amin.

Untuk lebih lanjut, klik disini.

full address:

Dewan MPAJ Tasek Tambahan,
Jln Tasik Tambahan 3, Kampung Tasik Tambahan,
68000 Ampang Selangor

Saturday, September 12, 2009

Majlis Berbuka Puasa 2nd Edition.....



Setelah kami sume berhempas-pulas dan thread yang di hantar menjadi sepanjang senarai graduan Uniten konvo ke-12,akhirnye semua ahli koir mencapai kata sepakat...Majlis berbuka puasa 2nd edition akhrnye brlgsung di Monumen Alaf Baru di Putrajaya pada 10/09/09....
Majlis yg bertema 'jom kebazar' ini telah di sertai seramai 15 orang ahli koir yang sentiasa menanti2 kn peluang sebegini untuk meluangkn masa bersama2 lantaran kesibukan msg2....
Majlis bermula dgn acara membeli-belah makanan atas tajaan sendiri di bazar rmadhan Putrajaya..
Macam2 juadah telah diborong..wa nmpknye sume kelaparan....

erm seterusnye,kami sume telah brgerak ke lokasi seperti yg drancang yang mana tidak jauh dr bazar td...tapi seperti ade yang x kena...hubungan mesra antara ahli2 koir nampk sperti telah hanyut dibawa oleh tasik Putrajaya,,, ade yg bermasam muka...ade yang sindir-menyindir... ade yang nmpk serba x kena...ape yg telah trjd????

setelah sesi mengeyg kn perut brakhr dgn jayanye,Kak Cham selaku ahli plg 'senior' telah memulakn soal selidik...bermulalah adegan yang lgsg tidak disgka akn brlaku.... seorg junior dikatakn telh memburukkn koir di internet..... atmosfera mula dipenuhi dgn kemarahn dan kesedihan...

finally,suprise!!!!!!!!!


rupe2nye kejutan hari jadi dari family koir khas untuk Khairunnisa Taufik...
Hepy beday....smile always....

setelah adgn calit2 kek brakhr(wei kek 2 spotong rm7 tau..hehe..), pertemuan pn ditangguh kn tpt pade pukul 9.45mlm....

sekian..majlis berbuka untuk thn nie...
jmpe di musim rye...see ya....

p/s:erm drama sebabak ini telh dilakonkn oleh kak nurul,kak umi n zati...korg mmg dashyt...
thanks to all yg mnjyekn acara ini brsame2....erm de nk uat 'open house' khas tuk koir team??
hehehe.....

last word......family choir is small among others but the relationship that we hav is biggest than anything...

Saturday, September 5, 2009

Majlis Berbuka Puasa 1st edition.......






Majlis berbuka puasa 1st edition ini telah diadakan di mCD PKNS pada 3/09/09.....
Seramai 22 orang ahli koir telah sama2 meng'havoc'kn mcd...
Yang istimewanye,turut hadir Presiden ASTENA yang ke-10,Saudara syazwan dan juga saudara koir dr cabng ASTENA yang laen.....
kesimpulannye,majlis berbuka puasa 1st edition ini mendapat sambutan yang menggalakkan dr ahli2 koir yg sgt2 komited.......

special thanks:to kak nurul n the geng kerana telah menjadi organiser yg brjaya.....n to all koir member u guyz rock.....

sampingan:selepas berbuka,ade yg melanjutkn pertemuaan ke alamanda,putrajaya yang mana Final Destination4 menjadi tontonan kami...yang klakanye rmai btul yg tgk smbl tutup mata....esp kak nurul,kak min,kak umi,n nisa.....ish........

p/s:nantikan Majlis Berbuka Puasa 2nd edition.....maklumat lanjut sila berhubung di FB......see ya.............

Saturday, August 15, 2009

Majlis Konvokesyen Uniten ke -12



15 & 16 ogos 09.

maaf atas keterlupaan pasal ini. :)

majlis konvokesyen kali ke-12 merupakan kali ketiga koir Astena melakukan persembahan di Dewan Seri Sarjana.

Koir menyanyikan tiga buah lagu utama; Dirgahayu, Bila Larut Malam dan Gambuh Menyanyi (bersama team gamelan) dan lagu permintaan VC; Heal The World dari Michael Jackson.

Untuk julung kali, baju juga menampakkan kelainan dengan tema 1Malaysia dimana baju tradisi Melayu, Cina dan India digunakan.

Kenangan manis koir!







Thursday, July 9, 2009

Konsert Gamelan UKM

Buat julung kali Gamelan Astena dan Koir United Voice akan berkolaborasi bersama dalam lagu Gamelan 'Gambuh Menyanyi' untuk Konsert Gamelan UKM 09 Sabtu ini mewakili Uniten.
Seramai 7 orang team koir terlibat dalam persembahan bersama ini.

Latihan telah diadakan pada malam hari pertama semester baru (6 Julai 09) di Bilik Muzik Taman Budaya KL dan diselang hari berikutnya di Bilik Gamelan Uniten.
Diharap latihan selama tempoh 1 minggu ini dapat menyediakan kami dalam vokal bersama gamelan.

Info:
Konsert Gamelan UKM Malaysia 2009.

Saturday, July 11 2009, 8:00pm - 11:00pm


Location : DECTAR, UKM Bangi
mari lah datang beramai-ramai!

Wednesday, March 25, 2009

Uniten Open Day 09


Koir mengakhiri aktiviti koir pada Semester 2 ini dengan persembahan pada Hari Terbuka Uniten yang diadakan di COIT pada 21 Mac lalu.

kepada ahli koir: Jumpa lagi Semester depan dan selamat menghadapi peperiksaan!

Wednesday, March 18, 2009

Rakaman video korporat Uniten - hari 2


13 mac 09

Hampir majoriti ahli koir yang datang semalam datang juga pada hari ini dengan semangat berkobar-kobar demi muka terpampang di video.. hehe
Pengambaran dijalankan tidak lama dengan dua buah lagu didendangkan untuk sebahagian sedutan aktiviti ko-kurikulum mahasiswa Uniten dalam bidang seni..




* Aktiviti selepas ini yang masih belum diketahui ialah persembahan koir di Hari Terbuka Uniten pada 21 Mac ini. Akan diumumkan kemudian waktu latihan nanti.