Monday, February 9, 2009

Lawatan mesra MT Koir Uniten ke Universiti Malaysia Pahang





7 Februari 2009

Ketua Koir Astena, Sarah Fadilah dan dua ahli; Mohd Zulfahmie dan Mas Ilmi mewakili kumpulan Koir Astena Uniten telah pergi ke Universiti Malaysia Pahang di Gambang, Kuantan untuk sesi pengenalan dan juga membincangkan program seni gabungan antara koir Uniten dan juga Koir UMP yang dirancang awal semester lalu. Selain itu, konvoi Uniten juga ditemani oleh Mantan Presiden Astena, Bob Hadi, serta Hafiz dan Yana. Konvoi ke sana menggunakan dua kereta.

Beberapa agenda dibincangkan seperti hal penginapan, makanan, latihan dan juga pemilihan lagu untuk program Malam Amal untuk mengisi tabung dana bantuan masyarakat Palestin.

Program ini akan dimeriahkan bersama dengan gabungan seni lain seperti orkestra, gamelan, nasyid dengan kerjasama Kelab Badan Pencegah Rasuan UMP.

Diharap program kerjasama Uniten dan UMP ini akan berjaya hendaknya yang dijadualkan pada 8 Mac 2009 di Dewan SUK di Kuantan.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Alia, MT Kelab Kesenian dan Kebudayaan UMP, Wahida, Fazri dan juga Ketua Koir UMP, Nizam atas layanan mereka sepanjang tempoh singkat kami disana..

4 comments:

TRILLION M&E ENGINEERING SDN BHD said...

a'haa..post yg aku tnggu2kan selama ni..huhu..sbb nak tngok gambo2 comel lagi cute..
ahakss..

Wahida said...

ade pun..hihi..kami pun nak isi gambar korang tp ade masalah sikit mase nak upload gambar..bile da ok,kami bubuh ye..eee..gambar aku..hihi..terima kasih kepada pihak koir uniten sbb bersusah payah datang..

~KELAB ANAK SENI UNIVERSITI TENAGA NASIONAL~ said...

ahaha.. sama2.. sila lah amik gambar.. ^^

TurTleFx said...
This comment has been removed by the author.