Wednesday, March 25, 2009

Uniten Open Day 09


Koir mengakhiri aktiviti koir pada Semester 2 ini dengan persembahan pada Hari Terbuka Uniten yang diadakan di COIT pada 21 Mac lalu.

kepada ahli koir: Jumpa lagi Semester depan dan selamat menghadapi peperiksaan!

Wednesday, March 18, 2009

Rakaman video korporat Uniten - hari 2


13 mac 09

Hampir majoriti ahli koir yang datang semalam datang juga pada hari ini dengan semangat berkobar-kobar demi muka terpampang di video.. hehe
Pengambaran dijalankan tidak lama dengan dua buah lagu didendangkan untuk sebahagian sedutan aktiviti ko-kurikulum mahasiswa Uniten dalam bidang seni..




* Aktiviti selepas ini yang masih belum diketahui ialah persembahan koir di Hari Terbuka Uniten pada 21 Mac ini. Akan diumumkan kemudian waktu latihan nanti.






Rakaman video korporat Uniten




12 Mac 09

Koir bersama gamelan dan tarian diminta untuk kerjasama dalam rakaman video korporat Uniten baru yang akan diadakan di Bilik Gamelan.

Rakaman yang dirancangkan pada jam 4 petang bermula pada 5 petang. Walaupun begitu, ahli koir tetap menunggu dengan sabar walaupun ada kuliah pul 6 petang nanti.

Semasa rakaman diadakan barulah diketahui bahawa hari ini cuma latihan dan penyesuaian backgorund jer.. rakaman sebenar bermula pada petang esok pukul 4 petang di tempat yang sama..

Walaupun begitu, kami tetap bersemangat!

Monday, March 9, 2009

Koir di Majlis Penutup KSM 09 - Gemuruh Jiwa~



- di pentas utama.


- saudara seni koir, tarian Astena juga terlibat.



- Gemuruh jiwa dihadapan VIP.


- sebelum menyanyi lagu Uniten.


Bertempat di Dewan Seri Sarjana, Majlis Penutup Karnival Sukan Mahasiswa edisi 2009 diadakan dengan kehadiran Prof. Ghazali, Puan Nora dan wakil pegawai dari Uniten kampus SHAS, Muadzam Shah, Pahang.

Kehadiran kontinjen yang mewakili kolej- kolej seperti Engineering, IT, COGS, Business memeriahkan lagi majlis walaupun kehadiran mahasiswa agak hambar. Walauapapun, majlis tetap meriah dan havoc!

Majlis penutup diserikan dengan kawad kaki Kelana Siswa dalam upacara menurunkan bendera, persembahan tarian oleh penari-penari Astena dan juga Persatuan Kebudayaan India (PKI).

Koir pada majlis penutup semalam menyanyikan lagu Uniten pada awal upacara dan lagu Gemuruh sejurus persembahan tarian berakhir.

Terima kasih kepada Shazlan kerana melatih kami dengan tempoh yang singkat. ^^

Wednesday, March 4, 2009

Gemuruh - Faizal Tahir

Tajuk Lagu/Lirik: Gemuruh
Penyanyi/Artis: Faizal Tahir

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa (2X)

Tuesday, March 3, 2009

Koir @ Majlis Penutup KSM

Pengumuman penting kepada ahli koir Astena yang disayangi..

Ahad ini (8 Mac 09) bertempat di Dewan Seri Sarjana, koir dijemput untuk mengadakan persembahan sempena majlis penutup Karnival Sukan Mahasiswa (KSM).

Koir perlu menyanyikan lagu Uniten Terbilang dan Gemuruh (Faizal Tahir).

Minus one digunakan dalam persembahan ini.

Diharap ahli-ahli sedia maklum dan bersedia! ^^