Sunday, February 22, 2009

Latihan 19 Feb 09


Kebetulan tuan Presiden Astena, Faris datang untuk membantu Zul mengambil gambar foto ahli MT board Astena, kami pun mengambil kesempatan dan peluang ini untuk mengambil gambar ramai2.. dah lama tak ambil gambar bersama semenjak sem lepas.. well, here it is!


Monday, February 9, 2009

Lawatan mesra MT Koir Uniten ke Universiti Malaysia Pahang





7 Februari 2009

Ketua Koir Astena, Sarah Fadilah dan dua ahli; Mohd Zulfahmie dan Mas Ilmi mewakili kumpulan Koir Astena Uniten telah pergi ke Universiti Malaysia Pahang di Gambang, Kuantan untuk sesi pengenalan dan juga membincangkan program seni gabungan antara koir Uniten dan juga Koir UMP yang dirancang awal semester lalu. Selain itu, konvoi Uniten juga ditemani oleh Mantan Presiden Astena, Bob Hadi, serta Hafiz dan Yana. Konvoi ke sana menggunakan dua kereta.

Beberapa agenda dibincangkan seperti hal penginapan, makanan, latihan dan juga pemilihan lagu untuk program Malam Amal untuk mengisi tabung dana bantuan masyarakat Palestin.

Program ini akan dimeriahkan bersama dengan gabungan seni lain seperti orkestra, gamelan, nasyid dengan kerjasama Kelab Badan Pencegah Rasuan UMP.

Diharap program kerjasama Uniten dan UMP ini akan berjaya hendaknya yang dijadualkan pada 8 Mac 2009 di Dewan SUK di Kuantan.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Alia, MT Kelab Kesenian dan Kebudayaan UMP, Wahida, Fazri dan juga Ketua Koir UMP, Nizam atas layanan mereka sepanjang tempoh singkat kami disana..

Wednesday, February 4, 2009

Program ke UMP

Pihak MT Koir Astena terdiri daripada Sarah dan beberapa ahli koir dan MT akan ke Universiti Malaysia Pahang untuk sesi perjumpaan dan mesyuarat mengenai program kerjasama antara Koir Uniten dan koir UMP.

Hari: Sabtu, 7 Februari 2009.
Tempat: Universiti Malaysia Pahang, Gambang, Kuantan.