Saturday, September 27, 2008

Salam takziah..

Kepada rakan koir sekalian yang sedia maklum dan juga mungkin tidak tahu lagi, bonda kepada Shazlifa meninggal dunia baru-baru ini.

Marilah kita sedekahkan doa kepada ibu Shazlifa dan juga kepada mereka yang kehilangan orang tersayang pada bulan Ramadan yang mulia ini.

al-fatihah..

Sunday, September 21, 2008

Majlis buka puasa koir. 2008



Koir Astena telah mengadakan majlis buka puasa ramai-ramai di Restoran Sala Thai berhampiran Lebuhraya SILK Kajang pada 10 September 2008.

Seramai 21 orang hadir pada majlis ini termasuk rakan-rakan koir lama dan juga yang baru.

Terima kasih kepada semua yang menyertai majlis pada malam itu.

Wednesday, September 3, 2008

Rewind: Genap setahun persembahan pertama Koir..






Jika ahli-ahli lama koir masih ingat, kita sudahpun setahun didalam penubuhan koir sejak persembahan pertama kita di Majlis Konvokesyen ke -10 2007 dibawah pengasas pertamanya, Mas Ilmi, Ketua Koir pertama dan Mastura, pianis prinsiapl pertama koir .. pelbagai memori terpahat dalam minda..

Happy first anniversary Koir Uniten..

Monday, September 1, 2008

Program Ambang Merdeka peringkat Uniten @ Library




Koir Astena telah dijemput untuk mengadakan persembahan sempena Majlis Ambang Merdeka peringkat UNITEN di Dataran Perpustakaan Uniten di kampus timur ILSAS pada 29 Ogos.

Koir telah menyanyikan 4 buah lagu; Negaraku, Uniten Terbilang, Keranamu Malaysia dan Jalur Gemilang.

Walaupun dalam sesingkat masa untuk latihan dan notis aktiviti yang diberi, kami memberikan persembahan yang terbaik untuk majlis peringkat Uniten ini yang dihadiri oleh staf-staf Uniten dan Naib Canselor sendiri.

Pelbagai program seperti senam robik, deklamasi sajak dan puisi dan gerai-gerai di lobi Perpustakaan diadakan.